Saturday, March 3, 2012

maaf

 
maaf.
maafkan aku hati kerana kau selalu disakiti
maafkan aku kerana selalu tewas menahan dari membiarkan kau terus merasa sakit
maafkan aku hati
aku yang mudah goyah
aku yang tidak kuat
aku yang terlalu lemah
aku yang terlalu menyimpan rasa
dan
akhirnya bila rasa itu sudah tidak tertanggung
kau yang terpaksa menanggung sakitnya
maafkan aku hati
aku simpan semua rasa itu pada kau
kerana
kau hati aku yang kuat
kerana
kau hati aku yang tabah
kerana
kau hati aku yang tidak mudah mengalah
pada zahirnya.
maafkan aku hati
bila aku memaksa diri untuk senyum
ketika kau sememangnya sudah tidak mampu
bila aku memaksa diri untuk ketawa
ketika kau sememangnya sudah hilang rasa
DAN
bila aku memaksa diri
untuk terus kuat dan berdiri
ketika hati aku telah mati
sekali lagi
maafkan aku hati.

 

only the strong will survive.
till then,salam.